Apakah maksud Muroohiqun?
Bismillahirahmanirahim, alhamdulillah pada hari ini ana mendapat peluang untuk mengulas sedikit apa sebenarnya dimaksudkan MUROOHIQUN.
Muroohiqun bermaksud Anak Remaja. Jadi kenapa kita perlu tekankan anak remaja dalam konteks perjuangan islam dalam era moden ? kenapa kita tidak fokuskan kepada orang yang lebih dewasa ,matang dan lebih berpengalaman bagi mengalas tanggungjawab dakwah?
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ , فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ , وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإيمَانِ
“Barangsiapa diantara kalian yang melihat kemunkaran, hendaknya dia ubah dengan tangannya, kalau tidak mampu hendaklah diubah dengan lisannya, kalau tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim)

Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa dakwah itu bukan terletak pada umur atau pangkat , tetapi dakwah itu adalah tanggungjawab semua umat yang bergelar islam. Jadi tiada alasan untuk anak remaja untuk tidak bersama membantu dalam dakwah islam tetapi remaja sepatutnya menjadi insan yang paling bersemangat dalam kancah dakwah . Sesungguhnya , dakwah itu adalah ibadah yang kita perlu buat dalam hidup kita bermula daripada kecil.
Sepatutnya pada usia yang muda, remaja perlu dididik dengan pelbagai kemahiran yang boleh diimplikasikan dalam dunia dakwah , untuk membantu umat islam dalam dakwah islamiah. Meskipun,begitu pada usia yang muda juga kudrat masih lagi mampu untuk melakukan pelbagai kebajikan. Persoalannya, adakah kita mahu tunggu sehingga tua baru mahu berdakwah?
Kita boleh mengambil contoh seorang pejuang islam yang sangat hebat dan sering didengari oleh masyrakat. Siapa?
Sultan Muhammad Al Fateh
Siapa sahaja tidak mengenali beliau , sejarah , latar belakang dan sejarah perjuangan beliau untuk membebaskan konstantinopel daripada genggaman orang kristian. Bayangkan Kota Konstantinopel yang telah ditakluki oleh orang kristian selama 700 tahun lamanya.
Tahukah antum berapa usia Sultan Muhamad Al Fateh pada usia pembukaan kota Konstantinopel? 21 tahun!
Subhanallah, begitulah hebatnya beliau pada usia yang sangat muda mampu untuk mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin dan membebaskan kota konstantinopel.
Jadi itu serba sedikit tentang pembuka kalam untuk Muroohiqun, semoga antum mendapat manfaat daripada penulisan ana yang seberapa ini , InshaaAllah sharekan ilmu dakwah ini jangan berhenti sehingga kaki kita melangkah masuk ke dalam syurga.

Comments
Post a Comment