Mahasiswa Dan Norma Kehidupan Baharu



Sedar atau tidak sedar  sudah lebih 90 tempoh pkp telah  dilaksanakan oleh kerajaan, demi membendung penyebaran wabak Corona Virus atau singkatannya COVID-19.Untuk pengetahuan PKP ini dilaksanakan pada 18 March 2020 secara berfasa-fasa kemudian disambungkan sehingga fasa ke-4 iaitu sehingga  9 June 2020 . Disepanjang PKP juga , kerajaan telah melonggarkan beberapa aktiviti seperti pembukaan premis seperti kedai makan , kedai perabot dan sebagainya. Sebagai langkah memulihkan ekonomi negara.

Tetapi , timbul persoalan dalam diri masing-masing terutamanya para mahasiswa IPTA/IPTS tentang bagaimana cara pembelajaran yang bakal dihadapi oleh mereka selepas sahaja tamat tempoh PKPB ipada 9 June kelak. Adakah  kita bersedia ? Secara kasarnya sepanjang PKP dilaksanakan pelbagai masalah dan ragam mahasiswa yang berada dirumah untuk meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian (online) sebahagian daripada mereka mampu untuk mengikuti kelas tersebut tetapi sesetengah mahasiswa yang kurang bernasib baik tidak mampu untuk mengikuti sesi pembejalaran tersebut.Sekaligus, menjadikan isu ini salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh ramai  orang dalam kalangan mahasiswa. Bukan itu sahaja ada juga mahasiswa yang tidak mempunyai gadjet seperti laptop dan juga perkakas elektronik yang baik untuk mengikuti kelas harian mereka secara atas talian sehingga mengundang kepada masalah Depresion.

Walaubagaimanapun , kerajaan telah  mengambil inisiatif untuk membantu beban mahasiswa yang mempunyai masalah seperti yang telah dinyatakan tadi . Antaranya, kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta untuk memberikan data internet secara percuma kepada semua pelanggan di Malaysia bermula 1 April 2020 yang lepas . Bantuan tersebut sedikit sebanyak mampu untuk membantu mahasiswa dalam melayari internet untuk mencari sumber dan maklumat untuk kerja assignment mereka dan lain-lain aktviti pembelajaran.

Persoalannya , adakah mahasiswa mampu bertahan lagi dengan sesi pembelajaran online pada jangka masa yang panjang? Lazimnya ramai pelajar ingin kembali ke universiti masing-masing untuk meneruskan pengajian mereka. Ini disebabkan bagi mereka berada di universiti adalah jauh lebih baik untuk mengembalikan fokus mereka dalam pembelajaran . Ini bukan untuk menyatakan pembelajaran online @ dirumah merupakan pembelajaran yang tidak berkualiti tetapi apabila belajar di rumah terdapat banyak gangguan yang dihadapi oleh mahasiswa . Mungkin masalah daripada segi kelengkapan sumber bacaan , kurang berinteraksi, gangguan adik beradik , kurang fokus dan sebagainya.

Daripada segi  emosinya , sesi pembelajaran secara atas talian lebih elok dilakukan secara berfasa . Bermaksud kerajaan boleh membuat sesi pembelajaran atas talian jika keadaan negara masih tidak selamat dan andai kata wabak covid19 meningkat semula. tetapi secara berperingkat . Sebab utama timbulnya masalah adalah kerana selepas sahaja PKP dilaksanakan banyak IPTA/IPTS melaksanakan pembelajaran secara atas talian secara 100% tanpa ada sebarang persediaan oleh mahasiswa. Dimana menyebabkan berlakunya "Culture Shock" dengan cara perubahan yang sedang dialami oleh mereka. Bayangkan selama ini kita makan nasi guna tangan tiba-tiba esoknya kita disuruh makan nasi guna chopstick, ha kan ada masalah disitu. 

Jadi point utama yang ingin ditekankan disini adalah persediaan mahasiswa dan juga kerajaan sendiri yang menentukan masa depan masing-masing. Keputusan dan kebijaksanaan kerajaan dalam menentukan hala tuju mahasiswan , dan para mahasiswa juga bersedia daripada segi mental untuk menerima apa sahaja yang akan diumumkan oleh kerajaan. Norma kehidupan sebagai seorang mahasiswa pasca-covid19 adalah sangat berbeza dan agak mencabar , oleh itu mahasiswa perlu peka dengan isu semasa dan sentiasa cuba untuk survive dalam norma baharu  kelak.

Mengakhiri penulisan ini , ana berharap supaya semua mahasiswa dapat mengadaptasikan kehidupan baharu selepas tamat PKPB . Ingat setiap yang berlaku dalam kehidupkan kita adalah ujian daripada Allah, jangan sesekali kita mengeluh kepada Allah tentang beratnya ujian yang telah diberikan. Tetapi kita sepatutnya bersyukur dan terus mendekatkan diri kepada Allah , sesunguhnya ujian itu tanda allah masih sayang kepada kita. 

JazakallahuKhair!

Comments